Peluang Melanjutkan Pelajaran & Kerjaya

Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka di sekolah ini biasanya melanjutkan pelajaran mereka ke Timur Tengah terutamanya terus ke tahun satu di Universiti Al-Azhar Mesir. Ada juga yang melanjutkan ke institusi pengajian tinggi tempatan.Lepasan sekolah ini yang berpeluang memasuki alam pekerjaan dengan menggunakan Sijil STAM mereka diberi tangga gaji bersamaan STPM kerana pihak JPA telah mengiktiraf sijil ini.