Selamat Hari Guru 2018

Selamat hari guru kepada semua guru-guru kami yang dimuliakan. Tahniah kepada semua staf nh. Seramai 6 orang guru menerima penghargaan 2018. Mereka terdiri daripada cikgu md nor dan sir mahmud sebagai tokoh khidmat paling lama. Cikgu sajidah cemerlang p&p, ustazah azlina guru kelas terbaik, ustaz azhar guru paling aktif dan cikgu sayfonezam dianugerahkan sebagai guru yang paling menepati masa. Dua orang staf yang menerima penghargaan ialah pekerja khidmat lama en. Md zain husin dan pekerja cemerlang puan saadiah iaitu tukang masak. Tahniah diucapkan. Sijil dan hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat ybhg. Syeikh osman nasition, mudir pasetren alikhlas, sumatera. Beliau merupakan bekas pelajar 1970an dan mantan guru sekolah ini sekitar 1980an selepas melanjutkan pengajian di baghdad dan mesir.



Majlis Anugerah Cemerlang 2018

Majlis yang penuh berprestaj ini diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Syeikh Zainul Jamal Abdul Ghani PENDAFTAR SEKOLAH2 AGAMA NEGERI KEDAH. 80 orang pelajar menerima hadiah dan sijil. Majlis dimulakan dengan bacaan AlFatihah untuk Tok Guru Pengasas sekolah Dan guru2 Yang berjasa kpd sekolah. Turut meraikan pelajar-pelajar CEMERLANG ialah Tuan Syeikh Muhammad Nor Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Pegawai Hal Ehwal Sekolah IPD Kubang Pasu Tuan Insp Faris, Ahli-ahli Lembaga Tadbir Sekolah, ahli2 Persatuan Bekas Penuntut, waris2 dan tetamu jemputan. Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang bertungkus lumus menjayakan majlis INI.


Majlis Penyampaian Biasiswa Zakat & Penutupan Idul Ilmi


Almarhum Ustaz harun bin Jasin

Hilangnya sebutir permata dari Smanh Nahdhah Hasanah

انا لله وإنا إليه راجعون 
USTAZ HARUN BIN JASIN
KEMBAL KE RAHMATULLAH
Jam 8am. 
Solat jenazah di Masjid Melele
Sebelum Zohor Hari ini.


Previous Next

Karnaval Sukan Sekolah 2018

Tuan Pengetua Ustaz Jamil AlJarumi merasmikan penutup Dan menyampaikan hadiah utama johan keseluruhan. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Tim. Pengetua Ustaz Harun Jasin dan sudi menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta. Majlis sungguh meriah lagi membangkitkan semangat kasihkan sekolah. Johan disandang oleh rumah Merah. Petugas utama Pk Ko-kurikulum Tuan Hj Mursyid dan Guru kanan Sukan Ust Yasel adalah penggerak utama temasya ini patut diberi pujian. Penyartaan guru-guru dan murid-murid amat memberansangkan. Sungguh membanggakan dan menyenangkan semua pihak. Moga Nahdhah Hasanah cemerlang, Amin


Page 4 of 5