Kursus Haji Perdana Praktikal Peringkat Sekolah

24 Mac kursus haji perdana praktikal peringkat Sekolah. Di bawah bimbingan pengetua Ustaz Jamil Al-Jarumi. Penolong kanan Pentadbiran sebagai coordinator Ustaz Fairuzi dan rakan-rakan menyediakan buku risalah Panduan Haji dlm bahasa Arab dan diterjemahkan rumi. Penolong kanan Hal Ehwal Murid Puan Fauziah bersama AJK minuman. Ustaz Raja Al-Hafiz membaca khutbah Arafah, Sheikh Wahab Al-Masri membaca doa Masyh'aril Haram.

Kursus disertai oleh guru-guru, staf dan pelajar. Pelajar tingkatan 5 merupakan sasaran utama kerana Bab Haji merupakan sukatan KBD Subjek Syariah peringkat SPM. Kursus praktikal ini juga disertai oleh pelajar MASTA.

Terima kasih dan penghargaan kepada Tabung Haji Jitra yang sudi membuka kaunter di sekolah dan memberi pinjam peralatan kursus. Juga penghargaan kepada semua guru-guru dan pelajar yang bertungkus lumus membantu menjayakan program ini. Murid-murid menjayakannya dengan penuh semangat dan perhatian.