Majlis Ilmu Almusnid Almuhaddis Syeikh Husni Ginting

SMANH SYEIKH HUSNI GINTING

Majlis Ilmu disampaikan oleh Almusnid Almuhaddis Syeikh Husni Ginting pada 18 Jun 2019.

Pengajian hadis musalsal, iaitu merawikan atau menyampaikan hadis secara amaliah dan menyebut sanad muttasil. Kuliah ini diserta oleh guru-guru dan pelajar-pelajar Nahdhah Hasanah Melele serta Maahad Syeikh Tajuddin AlJarumi.

Semua pelajar menerimanya dengan cara amaliah dengan bertemu guru seorang demi seorang seperti mana guru ini menerima hadis dari gurunya. Di antara hadis yang dirawikan ialah Musalsal bil awwaliah, musalsal memasang bakhur, Musalsal mewangikan dengan minyak 'atar, musalsal bersalaman, musalsal bertasbih.

InsyaAllah Syeikh akan hadir ke sekolah ini dari semasa ke semasa untuk mengajar hadis-hadis Musalsal yang disampaikan secara amaliah. Situasi begini adalah merupakan salah satu amalan para ahli hadis. Manhaj ini merupakan sesuatu rutin yang dilakukan oleh Syeikh Tajuddin AlJarumi yang sentiasa meriwayatkan hadis yang diterima daripada gurunya Syeikh Yasin AlFadani, Syeikh Alawi AlMaliki, Sayyid Alawi AlMaliki full muhaddis di AlHaram Mekah.