Majlis Iftar bersama PDRM Kedah/MCPF/IBF Jitra

PELAJAR-PELAJAR NAHDHAH HASANAH DIRAIKAN DI DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA PDRM KEDAH/MCPF/IBF JITRA.

Seramai 70 orang pelajar sekolah ini dan 3 orang guru diraikan di dalam majlis berbuka puasa tersebut. Majlis diserikan oleh kehadiran Ketua Polis KEDAH YDH CP Dato' Zainal Abidin bin Kasim. Turut hadir Pengetua Sekolah Nahdhah Hasanah Ust Jamil Dato' Tajuddin Al-Jarumi dan 3 orang guru sekolah ini. Lain-lain tetamu yang hadir terdiri daripada YDH ACP Ismon Suratman, OCPD Kubang Pasu Tuan DSP Hj Mohd Ismail bin Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan polis IPK dan IPD Kubang Pasu. Turut juga hadir Pengerusi MCPF Jitra Hj Yusof Arifin. Majlis diadakan di Dewan Inapan Mahsuri. Sekolah-sekolah lain yang hadir terdiri daripada Maahad Syeikh Tajuddin Al-Jarumi dan Maahad Tahfiz Bestari Wang Tepus. Bacaan tahlil diketuai oleh Ustaz Jamil Al-Jarumi dan solat tarawih diimamkan oleh Syeikh Abdul Wahab Al-Misri.